Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Monday 15 August 2011

Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Hari ini adalah permulaan peperiksaan pecubaan SPM. Ia diadakan serentak dengan semua sekolah di Negeri Sembilan. Dijangkakan peperiksaan akan berlangsung selama dua minggu dan akan tamat sebelum bercuti untuk Hari Raya.
Pada semua pelajar tingkatan 5, SMT DLM kami mengucapkan Selamat Menjawab Kertas Percubaan!. Walaupun bukan peperiksaan SPM yang sebenar, cubalah jawab sebaik mungkin dan cuba lebih berdisiplin semasa menjawab. Jangan gunakan alasan berpuasa untuk merasa letih dan terus tertidur seperti dalam peperiksaan dan ujian sebelum ini.
Ingat....pencapaian dalam peperiksaan percubaan boleh jadi tali pengukur sejauh manakah pengetahuan, kefahaman dan kemahiran menjawab soalan. Jika ada yang kurang bolehlah dimantapkan lagi untuk peperiksaan SPM yang akan datang.

All the best...and SEIZE THE MOMENT!!

Tuesday 2 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Bulan Ramadan datang kembali dengan sekali lagi menawarkan peluang besar  bagi umat Islam mendapatkan pahala berlipat kali ganda.
Semoga dirahmati Allah, diberi kesihatan dan kekuatan untuk beramal ibadah dengan penuh rasa syukur dan cinta kepadanya.
Ayuhh...tunjukkan semangat walaupun berpuasa kita mampu melaksakan tugas seharian seperti mana biasa. Barulah nampak gah kita ini dari pandangan orang yang bukan Islam.

Pengetua