Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Monday 26 September 2011

FUN WITH ENGLISH


Pada 22 September 2011 telah berlangsung Program  FUN WITH ENGLISH yang melibatkan semua pelajar tingkatan 4. Program ini banyak memberi manfaat kepada semua pelajar kerana mengajar cara-cara untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris
.







semoga program ini banyak memberi manfaat dan dapat meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Sek. Men. Teknik. Dato' Lela Maharaja

Saturday 17 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMTDLM

Berlansung di Dewan Makan Aspuri pada 15 September , tepat jam 1200 tengahari bermulanya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dikendalikan oleh Encik Azizul Ezan bersama Pn Marsilah Anum dan dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Yusof .
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua SMTDLM , En Mohd Joned bin Musa yang menyuarakan tentang penukaran SMT Dato' Lela Maharaja kepada Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja pada tahun hadapan .

Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SMTDLM

Pada 14 September yang lalu pihak sekolah telah mengadakan aktiviti memasak juadah hari raya beramai-ramai . Antara para pelajar yang terlibat adalah dari kelas 4AT1 , 4ATN2 , 4TTN dan 4ATE . Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah mengeratkan silaturrahim antara para pelajar dan guru.


1Malaysia . Pelajar India juga tidak lepaskan peluang untuk masak hidangan bersama dua lagi rakannya .

Puan Hajah Rusna yang mengetuai aktiviti memasak rendang ayam dan rendang itik.



Aktiviti dimeriahkan lagi dengan membakar lemang  oleh semua warga SMTDLM .




Antara pelajar yang membantu dalam aktiviti membakar lemang.