PERINGATAN SEWAKTU MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2012
- LELAKI: Berpakaian kemas (baju kemeja lengan panjang / pendek, berseluar panjang - seluar jeans tidak dibenarkan), berkasut serta berambut pendek dan disisir rapi.
- PEREMPUAN: Berbaju kurung (sopan dan tidak menjolok mata), bertudung dan berkasut / sandal
- Datang ke kolej pada jam 10.00 pagi - 3.00 petang untuk mendapatkan keputusan peperiksaan daripada guru kelas masing-masing. Jika lewat, sila berurusan dengan Setiausaha Peperiksaan
- Sebelum mendapatkan keputusan peperiksaan, sila jelaskan bayaran yang tertunggak kepada pihak kolej seperti bayaran asrama, koperasi, PIBG, SPBT dan lain-lain.
ATURCARA PENYAMPAIAN KEPUTUSAN SPM 2012
11.30 Pagi : Kehadiran penerima keputusan SPM 2012
12.00 Tgh : Taklimat Pengarah Kolej dan penyerahan slip keputusan pelajar cemerlang ( 5A dan ke atas)
- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan Pengarah KVDLM
- Penyampaian slip keputusan kepada pelajar cemerlang