Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Tuesday 19 March 2013

PENGAMBILAN KEPUTUSAN SPM 2012 KVDLM

Kepada semua Calon SPM 2012, Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja Rembau, keputusan peperiksaan SPM 2012 akan diumumkan pada Khamis, 21 Mac 2013.

PERINGATAN SEWAKTU MENGAMBIL KEPUTUSAN SPM 2012


  1. LELAKI:  Berpakaian kemas (baju kemeja lengan panjang / pendek, berseluar panjang - seluar jeans tidak dibenarkan), berkasut serta berambut pendek dan disisir rapi.
  2. PEREMPUAN: Berbaju kurung (sopan dan tidak menjolok mata), bertudung dan berkasut / sandal
  3. Datang ke kolej pada jam 10.00 pagi - 3.00 petang untuk mendapatkan keputusan peperiksaan daripada guru kelas masing-masing. Jika lewat, sila berurusan dengan Setiausaha Peperiksaan
  4. Sebelum mendapatkan keputusan peperiksaan, sila jelaskan bayaran yang tertunggak kepada pihak kolej seperti bayaran asrama, koperasi, PIBG, SPBT dan lain-lain.

ATURCARA PENYAMPAIAN KEPUTUSAN SPM 2012

11.30 Pagi      :       Kehadiran penerima keputusan SPM 2012

12.00 Tgh      :        Taklimat Pengarah Kolej dan penyerahan slip keputusan pelajar cemerlang ( 5A dan ke atas)
  •  Ucapan Pengerusi Majlis
  • Ucapan Pengarah KVDLM
  • Penyampaian slip keputusan kepada pelajar cemerlang
12.30 Tgh     :         Slip keputusan peperiksaan SPM 2012 boleh diambil di kaunter guru kelas                              

Thursday 27 September 2012

Pertandingan Kemahiran Bidang Pertanian Malaysia 2012

Pada 22 September 2012, KVDLM telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran Bidang Pertanian Malaysia 2012.Objektif pertandingan ini ialah;
1) Melatih kreativiti, keupayaan dan kemahiran murid dalam menghasilkan ciptaan atau hasil kerja yang menarik dan berkualiti.

2) Menanam semangat bersaing secara sihat dikalangan pelajar dan guru

3) Menggalakkan persembahan idea yang bernas dan berani menyuarakan pendapat

4) Mempraktikan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari semasa P&P dengan menghasilkan produk kerja yang berkualiti dan menarik.

Antara acara yang dipertandingkan ialah:
1) Membina struktur lindungan
2) Menghasilkan akuarium
3) Pengendalian Traktor 4 Roda
4) Membina Terarium
5) Menghias Kek Cawan
6) Memproses Ayam










Saturday 7 July 2012

MAJLIS PERJUMPAAN TIGA PENJURU KALI KEDUA 2012


Pada 6 Julai 2012 telah diadakan Majlis Perjumpaan Tiga Penjuru bagi pelajar tingkatan 5 KVDLM 2012. Program ini merupakan perjumpaan tiga penjuru iaitu perjumpaan melibatkan ibu bapa, pelajar dan guru. Semasa perjumpaan ini diadakan, ketiga-tiga pihak dapat mengenalpasti kekurangan serta kekuatan yang ada pada setiap diri pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM.

 Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir dalam aktiviti pendidikan di sekolah ini dan ianya menjadi pendorong kepada pihak sekolah dalam usaha mencapai kecemerlangan SPM.





Wednesday 4 July 2012

PENTAKSIRAN PUSAT KOLEJ VOKASIONAL SEMESTER PENDEK (SEMESTER 1) 2012

Hari ini 7 Julai 2012 telah bermula Peperiksaan Pentaksiran Pusat Kolej Vokasional Semester Pendek (Semester 1) tahun 2012 ujian bertulis bagi semua Pelajar KolejVokasional seluruh Malaysia. Pelajar yang menduduki peperiksaan ini adalah pelajar yang telah gagal dalam mata pelajaran yang diambil pada semester 1.

Pelajar tersebut telah belajar selama 4 minggu dalam semester pendek sebelum menduduki peperiksaan ini. Diharapakan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja yang menduduki peperiksaan ini akan berjaya lulus dengan cemerlang.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN KV

Tarikh: 4 Julai 2012 (Rabu)
1) 8.00 pagi - 10.00 pagi : A01101 Bahasa Melayu Kertas 1 - 2 jam
2) 10.30 pagi - 12.15 tgh:  A02101 Bahasa Inggeris Kertas 1 - 1 jam 45  minit
3) 2.00 petang - 3.15 petang: A06101 Pendidikan Islam Kertas 1 - 1 jam 15 minit
4) 2.00 petang - 3.30 petang: A07101 Pendidikan Moral Kertas 1 - 1 jam 30 minit

Tarikh: 5 Julai 2012 (Khamis)
1) 8.00 pagi - 9.30 pagi : A03101 Matematik Kertas 1 - 1 jam 30 minit
2) 10.30 pagi - 12.30 tgh: A05101 Sejarah Kertas 1 - 2 jam 10 minit
3) 2.00 petang - 3.30 petang: A04101 Sains Kertas 1 - 1 jam 30 minit

Friday 15 June 2012