Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Monday 28 March 2011

Penyampaian Hadiah

Berikut adalah penyampaian hadiah bagi perkara di bawah:


  • Pertandingan Peringkat Daerah Kawad Kaki Kadet Polis di IPD Rembau.
Pasukan Kawad Kaki Kadet Polis SMTDLM telah memenangi tempat ke-2.
Ketua Platun Terbaik

Saturday 26 March 2011

Pertandingan Kawad Kaki Kadet Polis

   Pertandingan Kawad Kaki Kadet Polis peringkat Daerah telah di adakan di IPD Rembau pada Hari Rabu(23/3/2011) dengan diiringi oleh Cikgu Yamin. SMT D'LEMA telah memenangi tempat Ke-2 dalam pertandingan tersebut & Ketua Platun terbaik adalah dari Sekolah kita sendiri. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Kawad Kaki Kadet Polis!



Thursday 24 March 2011

SPM 2010

Keputusan SPM 2010 diumumkan semalam. Seperti mana dimaklumkan dalam post terdahulu Tuan Pengetua balik dari mengambil keputusan DI PPD Rembau sekitar jam 11.30 pagi. Sementara itu para pelajar telah dibenarkan masuk ke kawasan sekolah mulai jam 11.00 pagi untuk menyelesaikan urusan dengan sekolah yang masih tertunggak.
Tepat jam 12.30 tgh Pengetua dan guru-guru yang lain memasuki Dewan Sekolah untuk Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan SPM 2010. Turut diumumkan ialah nama pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. Pelajar terbaikdari aliran teknik mendapat 9A manakala pelajar terbaik dari aliran vokasional mendapat 8A. Nama dan senarai lengkap pelajar yang cemerlang akan disiarkan dalam posting yang akan datang.
SMT DLM telah berjaya mengekalkan kelulusan 100% lulus dalam Bahasa Malayisa. Namun begitu, gred purata telah menurun dari 4.70 ke 4.73 . Tahun 2010 adalah tahun terakhir bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik. Tahun ini juga adalah kali terakhir bagi sukatan lama untuk mata pelajaran pertanian. Mulai SPM 2011 sukatan baru MPAV (mata pelajaran aliran vokasional) digunakan.
Diharap semua warga SMT DLM akan berusaha bersungguh-sungguh melonjakkan keputusan SPM ke tahap yang lebih cemerlang lagi.

Sunday 20 March 2011

Balik ke Sekolah.

Peringatan ini ditujukan kepada semua warga asrama SMT DLM, Rembau.
Hari ini hari Ahad, 20 Mac 2011. Diharap jangan leka sehingga terlupa hendak balik ke asrama semula. Sudahkah disiapkan barang-barang, buku-buku dan jajan atau kudapan yang hendak dibawa?
Pada penghujung cuti panjang yang lepas jalan-jalan menuju ke Rembau dari Seremban dan mengikut lebuh raya KL-Seremban jam teruk.. Sehingga jam 8.00 malam pun kenderaan di persimpangan lampu isyarat depan Zemart Supermarket masih berderet-deret. Jadi adalah dinasihatkan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak supaya menghantar lebih awal untuk mengelakkan kesesakan.

Update tentang keputusan SPM 2010:
Ada kawan yang mendengar berita dari radio memaklumkan tentantg tarikh keluar keputusan ialah pada 23 Mac ini. Tetapi, bila cuba cari maklumat dalam akhbar  tiada, pula. Tunggu.....

Friday 18 March 2011

Keputusan SPM 2010

Jika dilihat surat khabar sejak seminggu dua ini, telah mula dimasukkan iklan kemasukan ke IPTA dan IPTS. Selain dari itu terdapat juga iklan untuk tawaran biasiswa dari pelbagai badan dan agensi kerajaan mahu pun swasta. Lagipun, keputusan STPM sudah pun keluar beberapa minggu lepas juga.

Ini menunjukkan bahawa keputusan SPM akan keluar tidak lama lagi. Walaupun tiada surat rasmi mengenainya, ada ura-ura dari sumber yang boleh dipercayai bahawa keputusan SPM akan keluar minggu hadapan. Tarikh yang disebut-sebut ialah 23 Mac 2011. Bersabarlah menunggu pengemuman rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia.nanti.

Lazimnya di SMT Dato' Lela Maharaja, Pengetua akan mengambil keputusan peperiksaan di PPD Rembau. Masa paling awal balik ke sekolah ialah sekitar 11.30 pagi. Surat makluman tentang tatacara menerima keputusan SPM sudah pun diposkan. Antara maklumat yang disampaikan ialah:
1) pelajar dan keluarga yang datang mengambil keputusan hanya dibenarkan masuk ke kawasan sekolah mulai 11.30 pagi. Ini adalah untuk tidak menganggu P&P yang sedang berjalan.
2) Pelajar diminta berpakaian kemas serta berkasut.
3) Pelajar diminta menyelesaikan hutang atau memulangkan item tertentu, jika ada.
4) Pengetua akan memaklumkan keputusan SPM 2010 secara keseluruhan terlebih dahulu.
5) Setelah selesai pengumuman Pengetua baharulah slip keputusan keputusan boleh diserahkan oleh guru kelas tahun lepas.

Sijil SPM 2009

Sijil SPM 2009 sudah pun sampai ke sekolah. Pelajar yang mengambil SPM pada tahun berkenaan boleh mengambil sijil di pejabat sekolah. Untuk memudahkan cari sijil, pastikan angka giliran diketahui.

KITA JUMPA LAGI...NANTI!!

Tuesday 8 March 2011

Pengumuman

Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2011 akan diadakan pada hari Jumaat(11/3/2011), di Dewan Besar Sekolah.
Pendaftaran ibu bapa adalah pada jam 8.00 pagi. Manakala, mesyuarat dijangka akan bermula pada jam 9.30 pagi. Semua ibu bapa dan penjaga dijemput hadir.

Monday 7 March 2011

Penceramah Dari IPD Rembau

Pegawai polis yang hadir ialah Sarjan Abd Aziz B. Ibrahim dan Sarjan Shahli B. Kasbi dari IPD Rembau. Tajuk ceramah ialah tentang Kes Buli, Ponteng & Merokok Di dalam Kawasan Sekolah.
Sarjan Shahli juga merupakan Pegawai Polis Angkat bagi SMT Dato' Lela Maharaja, Rembau.

Friday 4 March 2011

Senarai Penyelaras & Pengelola Program Peringkat SMT/SMV Zon Melaka & N.Sembilan '11

Kem Jati Diri dan Persediaan SPM

Para pelajar Tingkatan 5 akan terlibat dengan Kem Jatidiri dan Persiapan SPM yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling SMT Dato Lela Maharaja , Rembau dan Kelab Sahabat 1 Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Seramai 30 orang fasilitator daripada UIAM terlibat dalam program ini. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana sudi mengadakan program di sekolah ini. Semoga usasha mereka akan dapat meningkatkan semangat para pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam  pelajaran dan menyerlahkan lagi potensi diri masing-masing.