Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Monday 25 April 2011

Penyampaian Hadiah

Penyampian Hadiah bagi Acara-acara berikut:

  • Hoki (Naib Johan)


  • Catur (Naib Johan & Tempat ke-3)
Johan
Tempat ke-3
  • Bola Jaring (Naib Johan)


  • Bola Sepak (Naib Johan)

Sekalung Tahniah kepada yang telah mengharumkan nama SMT D'LEMA! 
Majulah Sukan Untuk Negara!

Monday 18 April 2011

Penyampaian Hadiah

Pada perhimpunan Rasmi Kali ke-16 iaitu pada hari ini (18/04/2011) & telah diadakan lagi Penyampian Hadiah bagi Acara-acara berikut:

  • Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (Kejohanan Antara Teknik)
Bawah guru bimbingan Cikgu Erwani
  1. Naib Johan: Parachute
  2. Naib Johan: Target
  3. Johan Keseluruhan Roket Launcher

Menembak Kor Kadet Polis

   Pada hari Ahad (17/04/2011) Kor Kadet Polis Peringkat Sekolah telah mengadakan Pertandingan Menembak di Padang Sasar Mantin. Seramai 42 orang Kadet Polis SMT D'LEMA & 2 orang guru iaitu Cikgu Yamin serta Cikgu Anuar telah berjaya mengikuti Pertandingan Menembak itu.
















Friday 15 April 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Putrajaya

   Lawatan sambil belajar ke Putrajaya, (Taman Warisan & Taman Botani). Pelajar-pelajar yang mengikutinya hanya pelajar yang mengambil aliran Hortikultur Hiasan & Landskap Tingkatan 5 & guru-guru yang membimbing mereka adalah Cikgu Yuzniza, Cikgu Rashida & Cikgu Ainul.
  • Sebelum Bertolak

Program DELIMA SMT Zon Melaka N.Sembilam Pusingan 1




Saturday 9 April 2011

Track and Field MSSD Rembau

   Kejohanan Balapan dan Padang (Track and Field) , Peringkat Daerah Rembau telah diadakan pada 4 - 7 April. Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja (SMT DLM) telah menjadi Pengerusi Pengelola Kejohanan berkenaan.

   Disebabkan SMT DLM tidak mempunyai padang yang boleh memuatkan trek 8 lorong 400m, maka kejohanan ini terpaksa diadakan di padang SMK Undang Rembau.Acara-acara yang dipertandingan meilbatkan 4 kategori iaitu, bawah 18 tahun, bawah 15 tahun , bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun. Perasmian kejohanan telah dilakukan oleh En.Azali Hashim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Rembau.
Perasmian penutup dilaksanakan oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen, Rembau. SMK Undang Rembau telah berjaya menjadi Johan kategori bawah 18 tahun manakala SMT DLM hanya merangkul tempat ke-3.

   Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn.Hjh Yusni bt.Abd Murad, selaku Pengurus kejohanan serta guru-guru dari SMT DLM dan dari sekolah-sekolah lain yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan berkenaan.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

"1 MURID, 1 SUKAN"

Saturday 2 April 2011

Karnival Bahasa Inggeris

   SMTDLM telah menjadi Tuan Rumah Karnival Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Rembau. Antara acara-acara yang dipertandingkan ialah:

  • Debate
  • Choral Speaking
  • Public Speaking