Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Saturday 9 April 2011

Track and Field MSSD Rembau

   Kejohanan Balapan dan Padang (Track and Field) , Peringkat Daerah Rembau telah diadakan pada 4 - 7 April. Sekolah Menengah Teknik Dato' Lela Maharaja (SMT DLM) telah menjadi Pengerusi Pengelola Kejohanan berkenaan.

   Disebabkan SMT DLM tidak mempunyai padang yang boleh memuatkan trek 8 lorong 400m, maka kejohanan ini terpaksa diadakan di padang SMK Undang Rembau.Acara-acara yang dipertandingan meilbatkan 4 kategori iaitu, bawah 18 tahun, bawah 15 tahun , bawah 12 tahun dan bawah 10 tahun. Perasmian kejohanan telah dilakukan oleh En.Azali Hashim, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Rembau.
Perasmian penutup dilaksanakan oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen, Rembau. SMK Undang Rembau telah berjaya menjadi Johan kategori bawah 18 tahun manakala SMT DLM hanya merangkul tempat ke-3.

   Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pn.Hjh Yusni bt.Abd Murad, selaku Pengurus kejohanan serta guru-guru dari SMT DLM dan dari sekolah-sekolah lain yang telah bertungkus-lumus menjayakan kejohanan berkenaan.

"MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA"

"1 MURID, 1 SUKAN"

No comments: