Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Monday 21 February 2011

Majlis Pelantikan Pengawas Sekolah & Biro Asrama

Pengawas-pengawas SMTDLM 2011.



Biro Asrama





Sepanjang Majlis Pelantikan Pengawas & Biro Asrama SMTDLM.

Tuan Mohd Joned B. Musa (Pengetua SMTDLM)

Saturday 19 February 2011

SMTDLM



SEJARAH SEKOLAH
   Sekolah Lanjutan Kampung Rembau (SLK) siap dibina pada tahun 1958. Sekolah ini telah dibuka dengan rasminya oleh Y.A.M Undang Rembau pada 25hb Jun 1958. Sekolah ini telah dibina di bawah Rancangan Colombo pada tahun 1958. Bidang pelajaran yang ditawarkan ialah akademik, vokasional, pertanian dan sains.
   Pada tahun 1961, sekolah ini telah ditukar nama kepada Sekolah latihan Perusahaan yang menawarkan kursus selama dua tahun kepada pelajar-pelajar dewasa. Juga dikenali sebagai Sekolah Pertukangan Luar Bandar.
Nama sekolah diubah sekali lagi pada 1 Januari 1969 iaitu Sekolah Menengah Vokasional (Pertanian) Rembau. Hanya pelajar lelaki sahaja dibenarkan belajar di sekolah ini sehinggalah tahun 1990.
Pada tahun 1999,telah dinaiktaraf menjadi Sekolah Menengah Teknik Pertanian, Rembau. Sekolah ini telah menawarkan dua aliran iaitu aliran teknik dan aliran vokasional (pertanian).
Akhirnya pada tahun 2003, nama sekolah ini telah diubahsekali lagi menjadi Sekolah Menengah Teknik Dato Lela Maharaja iaitu mengambil sempena jawatan Undang Rembau iaitu Dato Lela Maharaja. Nama Undang Rembau ialah Dato Hj Muhd Sharif.
  
VISI
SMTDLM Peneraju Aliran Vokasional Pertanian di Malaysia
 
MISI
Bermuafakat Melahirkan Insan Mapan Melalui Pendidikan Bersepadu Dan Berkualiti
 
MOTTO
DASAR KUALITI SMTDLM
   Kami warga SMTDLM dengan penuh iltizam akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk meningkatkan proses P & P berkualiti bagi membangunkan potensi murid secara berterusan demi memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.