Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Thursday 29 March 2012

JOHAN KATEGORI SEKOLAH TERBAIK PERTANDINGAN MENEMBAK KOR KADET POLIS DAERAH REMBAU

Cikgu Yamin bersama penembak KVDLM meraikan kemenangan
RABU, 27 Mac 2012, bertempat di Lapar Sasar Menembak Mantin, KVDLM telah muncul sebagai Johan Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Sekolah-sekolah Menengah Daerah Rembau bagi Kategori Sekolah Terbaik. KVDLM telah menerima Piala Pusingan sumbangan Yb. Zaifulbahri bin Idris, ADUN kawasan Chembung.

Bagi kategori Individu lelaki, 3 ahli kadet polis KVDLM telah mendapat tempat 12 terbaik. Afifuddin bin Mohd Hamdan dari kelas 5AT1 telah mendapat tempat ke-7, Muhammad Rafaei Hakimi bin Hamzan @ Mazelan dari kelas 5HHL1 mendapat tempat ke-9, dan Muhamad Alif Asyraf bin Adam dari kelas 4 Tanaman mendapat tempat ke-12, masing-masing menerima RM50 sumbangan Yb. Zaifulbahari bin Idris.

KVDLM mengahantar seramai 39 orang ahli Kadet Polis daripada pelbagai pangkat bagi menyertai pertandingan tersebut bagi kategori individu dan 20 daripada mereka menyertai pertandingan bagi ketegori kumpulan. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Yamin selaku Guru Penasihat Kadet Polis KVDLM dan semua peserta yang telah memenangi pertandingan tersebut.

Pn Hjh Yusni binti Abdul Murad, GPK Kokurikulum turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan mengharapkan pasukan Kor Kadet Polis KVDLM akan mengekalkan sinar kemenangan dengan memperolehi kemenangan di pertandingan kawad kaki yang akan diadakan pada 17 April 2012 pula nanti. 
Siap sedia sebelum bertolak ke IPD Rembau
Semua peserta menerima taklimat di IPD sebelum bertolak ke Lapar Sasar Menembak Mantin
Siap sedia Bahagian Trafik IPD Rembau bagi mengiringi Konvoi Kor Kadet Polis Rembau ke Lapar Sasar Mantin
Pasukan KVDLM bersedia untuk menembak
Peserta mula menembak menggunakan senjata M16
Mengetuk kelongsong peluru yang telah digunakan
Peluru Senjata M16 Yang digunakan
Peserta menunggu giliran untuk menembak
Guru Kadet Polis menerima taklimat maskentri senjata api sebelum menembak
Cikgu yamin menembak menggunakan senjata M16
Menembak cara duduk
Tempat ke-12 Muhamad Alif Asyraf bin Adam dari kelas 4 Tanaman
Tempat ke-9 Muhammad Rafaei Hakimi bin Hamzan @ Mazelan dari kelas 5HHL1 
Tempat ke-7 Afifuddin bin Mohd Hamdan dari kelas 5AT1
Muhammad Iqbal bin Mohd Najib (5AT2) mewakili kumpulan menembak KVDLM  menerima Piala Pusingan Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Daerah Rembau, Kategori Sekolah Terbaik



Wednesday 28 March 2012

KVDLM JOHAN NASYID MTAQ DAERAH REMBAU 2012

SABTU - 24 Mac 2012, bertempat di SMK Dato' Sedia Raja telah diadakan Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Rembau 2012M /1433. Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Cikgu Azzri, Kumpulan Ikhwatul Mukminin dari KVDLM telah muncul buat julung kalinya sebagai Johan Pertandingan Festival Nasyid Peringkat Daerah Rembau 2012 dengan mengalahkan johan terdahulu SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail. Dalam pertandingan ini Yayasan As-Sofa telah muncul sebagai naib juara dan SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail telah mendapat tempat ke-3. Pn Yusni binti Abdul Murad, GPK Ko-kurikulum KVDLM mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada peserta nasyid dan guru pembimbing. Beliau juga berharap kumpulan Nasyid Ikhwatul Mukminin akan menjadi Johan di peringkat Negeri pula selepas ini. Kumpulan Nasyid Ikhwatul Mukminin dianggotai oleh:

1) Muhamad Nabil Fiqrie bin Abdul Rahman - 1LL
2) Wan Mohd Haziq bin Wan Zainudin - 5 ATN1
3) Mohd Zaid bin Mohd Yasin - 5 TTN
4) Mohamad Lukman bin Abd Majid - 5 ATE
5) Mohd Hakim bin Khairi - 5 TTN
6) Wan Mohd Shafiq bin Wan Hamid - 5 HHL2
7) Mohd Shahrul Fitri bin Haridan - 5 AT2
8) Muhammad Redha bin Khairul Anwar - 1HH
9) Muhammad Nur Ariff Hakimi bin Ishak - 5 ATE



 








Kor Kadet Polis KVDLM Sebagai Detachment Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 205

AHAD, 25 Mac 2012, pasukan Kor Kadet Polis KVDLM telah di jemput sebagai Detachment sempena sambutan Menyambut Ulang Tahun Peringatan Hari Polis Ke 205 Tahun 2012 Daerah Rembau yang telah diadakan di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau.  Seramai 22 orang anggota lelaki kadet polis KVDLM telah menyertai Detachment ini. Selain KVDLM, sekolah yang telah dijemput sebagai Detachment Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke 205 adalah Sekolah Menengah Sains Rembau (Platun Perempuan) dan SMKA DHAHHS (Platun Lelaki dan Perempuan).

Ketua Platun Mohd Zaim Dzulfiqar bersama ahli platun KVDLM

Anggota Polis Daerah Rembau

Siap sedia berbaris bersama senjata M16

Ikrar Polis




Setelah selesai detachment

Sunday 25 March 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN MSSD REMBAU 2012

Pada 20 - 24 Mac 2012 telah berlangsung KEJOHANAN OLAHRAGA DAN BALAPAN MSSD REMBAU 2012 di SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail. Perasmian penutup kejohanan telah disempuranakan oleh Yb. Dato' Dr. Awaludin bin Said, ADUN Kawasan Kota pada. KVDLM telah menghantar peserta ke Kejohanan tersebut dan telah memperolehi 6 emas, 9 perak dan 5 gangsa. Tahniah kepada semua pemenang yang telah mengharumkan nama Kolej. Senarai pemenag adalah seperti berikut:


PINGAT EMAS
1)  Lompat Jauh  (L18)    - Muhammad Nur Amin b. Arziman 5 ATN1
2)  Lompat Kijang (P18)  - Nurul Najihah bt. Mazllee
3)  4 x 100 (L18)             - Amirul Faiz b. Mohd Sharif 5TTN
                                      - Fakhrul Naim b. Abd Razak TANAMAN
                                      - Muhammad Nur Amin b. Arziman 5ATN1
                                      - Muhammad Nasrullah b. Muhammad 5TTN
4)  Rejam Lembing (P18) - Nur Aishah bt. Abd Kadir 5AT2
5)  Lompat Kijang (L18)  - Muhammad Nur Amin b. Arziman 5ATN1
6)  100m (L18)                 - Muhammad Nur Amin b. Arziman 5ATN1

PINGAT PERAK
1)  400m berpagar (P18)      - Nur Syafikah bt. Nazri 5HHL2
2)  5000m jalan kaki (P18)   - Fatin Farhana bt. Shahril 5AT1
3)  Lontar Peluru (L18)         - Mohd Nurfahmi Izzudin b. Haslahudin 5ATE
4) 100m berpagar (P18)        - Nur Syafikah bt. Nazri 5HHL2
5) Lontar Peluru (P18)           - Nor Atiqah bt. Muhammadan POLTRI
6) 400m (L18)                       - Mohd Nuriqbal b. Mohd Hassan 5PP1
7) 4 x 100m (P18)                 - Nur Syafikah bt. Nazri 5HHL2
                                            - Nur Aishah bt. Abd Kadir 5AT2
                                            - Nurul Najihah bt. Mazllee
                                            - Azyan Zahirah bt. Zainal
8) Lempar cakera (L18)         - Muhammad Danial b. Mohd Nor MEKA
9) 100M (L18)                      - Fakhrul Naim b. Abd Razak TANAMAN

PINGAT GANGSA
1) 5000m (L Terbuka)          - Zaindra Haqkiem b. Darawin 5AT1
2) Lontar Peluru (L18)          - Muhammad Danial b. Mohd Nor MEKA
3) Lompat kijang (P18)         - Nur Aishah bt. Abd Kadir 5AT2
4) 400m Berpagar (L18)       - Zaindra Haqkiem b. Darawin 5AT1
5) Lempar Cakera (L18)       - Mohd Nurfahmi Izzudin b. Haslahudin 5ATE

KE 5
1)  5000m (L Terbuka)          - Abd Hadi b. Abd Rashid 5ATE
2)  5000m Jalan Kaki (P18)  - Fatin Nabila bt. Suryadi 5AT2

KE 6
1) 5000m (L Terbuka)           - Amirul Rasidin b. Zairudin TANAMAN

Jurulatih Olahraga KVDLM Cikgu Mohd Azizol Aziz
Pengurus Olahraga KVDLM Cikgu Hasrul dan Cikgu Suriati
Acara 5000m Jalan Kaki  Lelaki
Acara Lompat jauh (L)
Barisan QM KVDLM yang bertugas di Kejohanan Olahraga MSSDR 2012
Kilauan pingat yang diperolehi KVDLM

 Johan Lompat Kijang (P18)  - Nurul Najihah bt. Mazllee 

  400m berpagar (P18)      - Nur Syafikah bt. Nazri 5HHL2

Wira dan Wirawati KVDLM

Johan Rejam Lembing (P18) - Nur Aishah bt. Abd Kadir 5AT2

Acara 200m (18L)

Acara Lompat Jauh (L18)
 Johan Lompat Kijang (L18)  - Muhammad Nur Amin b. Arziman 5ATN1

Bersedia sebelum larian 100m (P18)

Acara 100m (18P)

Johan 100m (L18)  - Muhammad Nur Amin b. Arziman 5ATN1

Majlis Penutup Kontijen Olahraga KVDLM

Perasmian Penutup Oleh Yb. Dato' Dr. Awaludin bin Said, ADUN Kawasan Kota