Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Wednesday 28 March 2012

KVDLM JOHAN NASYID MTAQ DAERAH REMBAU 2012

SABTU - 24 Mac 2012, bertempat di SMK Dato' Sedia Raja telah diadakan Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Peringkat Daerah Rembau 2012M /1433. Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar Cikgu Azzri, Kumpulan Ikhwatul Mukminin dari KVDLM telah muncul buat julung kalinya sebagai Johan Pertandingan Festival Nasyid Peringkat Daerah Rembau 2012 dengan mengalahkan johan terdahulu SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail. Dalam pertandingan ini Yayasan As-Sofa telah muncul sebagai naib juara dan SMKA Dato' Haji Abu Hassan Haji Sail telah mendapat tempat ke-3. Pn Yusni binti Abdul Murad, GPK Ko-kurikulum KVDLM mengucapkan sekalung penghargaan dan tahniah kepada peserta nasyid dan guru pembimbing. Beliau juga berharap kumpulan Nasyid Ikhwatul Mukminin akan menjadi Johan di peringkat Negeri pula selepas ini. Kumpulan Nasyid Ikhwatul Mukminin dianggotai oleh:

1) Muhamad Nabil Fiqrie bin Abdul Rahman - 1LL
2) Wan Mohd Haziq bin Wan Zainudin - 5 ATN1
3) Mohd Zaid bin Mohd Yasin - 5 TTN
4) Mohamad Lukman bin Abd Majid - 5 ATE
5) Mohd Hakim bin Khairi - 5 TTN
6) Wan Mohd Shafiq bin Wan Hamid - 5 HHL2
7) Mohd Shahrul Fitri bin Haridan - 5 AT2
8) Muhammad Redha bin Khairul Anwar - 1HH
9) Muhammad Nur Ariff Hakimi bin Ishak - 5 ATE



 








No comments: