Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Sunday, 25 March 2012

HEBAHAN PENGAMBILAN PELAJAR BARU KE INSTITUT KRAF NEGARA SESI JULAI 2012

Kepada semua pelajar lepasan SPM 2011 dipelawa memohon memasuki Institut Kraf Negara (IKN) bagi sesi pengambilan Julai 2012. Institut Kraf Negara (IKN) adalah sebuah institusi yang menawarkan pengajian dalam bidang kraf berteraskan kemahiran. Kandungan kurikulum memberi penekanan kepada aspek kemahiran (70%) dan teori (30%). Setiap pelajar dikehendaki menjalani latihan industri untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran bagi membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan industri kraf pada masa hadapan.


Antara Program yang ditawarkan

Program Diploma – Tiga (3) Tahun

Program Sijil – Dua (2) Tahun

Kursus yang ditawarkan:

  • Seni Kraf Batik
  • Seni Kraf Tenunan
  • Seni Kraf Kayu
  • Seni Kraf Logam
  • Seni Kraf Seramik
  • Seni Kraf Rotan
Pemohon adalah digalakan membuat Permohonan Dalam Talian (online) atau muat turun borang kemasukan di http://www.ikn.gov.my

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA 15 MEI 2012







No comments: