Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Thursday 27 September 2012

Pertandingan Kemahiran Bidang Pertanian Malaysia 2012

Pada 22 September 2012, KVDLM telah menganjurkan Pertandingan Kemahiran Bidang Pertanian Malaysia 2012.Objektif pertandingan ini ialah;
1) Melatih kreativiti, keupayaan dan kemahiran murid dalam menghasilkan ciptaan atau hasil kerja yang menarik dan berkualiti.

2) Menanam semangat bersaing secara sihat dikalangan pelajar dan guru

3) Menggalakkan persembahan idea yang bernas dan berani menyuarakan pendapat

4) Mempraktikan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari semasa P&P dengan menghasilkan produk kerja yang berkualiti dan menarik.

Antara acara yang dipertandingkan ialah:
1) Membina struktur lindungan
2) Menghasilkan akuarium
3) Pengendalian Traktor 4 Roda
4) Membina Terarium
5) Menghias Kek Cawan
6) Memproses Ayam










Saturday 7 July 2012

MAJLIS PERJUMPAAN TIGA PENJURU KALI KEDUA 2012


Pada 6 Julai 2012 telah diadakan Majlis Perjumpaan Tiga Penjuru bagi pelajar tingkatan 5 KVDLM 2012. Program ini merupakan perjumpaan tiga penjuru iaitu perjumpaan melibatkan ibu bapa, pelajar dan guru. Semasa perjumpaan ini diadakan, ketiga-tiga pihak dapat mengenalpasti kekurangan serta kekuatan yang ada pada setiap diri pelajar dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan SPM.

 Pihak Sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah hadir dalam aktiviti pendidikan di sekolah ini dan ianya menjadi pendorong kepada pihak sekolah dalam usaha mencapai kecemerlangan SPM.





Wednesday 4 July 2012

PENTAKSIRAN PUSAT KOLEJ VOKASIONAL SEMESTER PENDEK (SEMESTER 1) 2012

Hari ini 7 Julai 2012 telah bermula Peperiksaan Pentaksiran Pusat Kolej Vokasional Semester Pendek (Semester 1) tahun 2012 ujian bertulis bagi semua Pelajar KolejVokasional seluruh Malaysia. Pelajar yang menduduki peperiksaan ini adalah pelajar yang telah gagal dalam mata pelajaran yang diambil pada semester 1.

Pelajar tersebut telah belajar selama 4 minggu dalam semester pendek sebelum menduduki peperiksaan ini. Diharapakan pelajar-pelajar Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja yang menduduki peperiksaan ini akan berjaya lulus dengan cemerlang.

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN KV

Tarikh: 4 Julai 2012 (Rabu)
1) 8.00 pagi - 10.00 pagi : A01101 Bahasa Melayu Kertas 1 - 2 jam
2) 10.30 pagi - 12.15 tgh:  A02101 Bahasa Inggeris Kertas 1 - 1 jam 45  minit
3) 2.00 petang - 3.15 petang: A06101 Pendidikan Islam Kertas 1 - 1 jam 15 minit
4) 2.00 petang - 3.30 petang: A07101 Pendidikan Moral Kertas 1 - 1 jam 30 minit

Tarikh: 5 Julai 2012 (Khamis)
1) 8.00 pagi - 9.30 pagi : A03101 Matematik Kertas 1 - 1 jam 30 minit
2) 10.30 pagi - 12.30 tgh: A05101 Sejarah Kertas 1 - 2 jam 10 minit
3) 2.00 petang - 3.30 petang: A04101 Sains Kertas 1 - 1 jam 30 minit

Friday 15 June 2012

Thursday 17 May 2012

KVDLM MERANGKUL 3 ANUGERAH PESTA MUZIK DAERAH REMBAU



7 MEI 2012  - Bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau (URESS), telah berlangsung Pesta Muzik Daerah Rembau 2012 yang menyaksikan KVDLM merangkul 3 anugerah iaitu Johan Koir dan dua anugerah tempat ke-3 Kompang Formasi dan Nyanyian Solo. Anuar Zain Junior Muhamad Redha bin Khairul Anuar sekali lagi berjaya memenangi Anugerah Nyanyian

Solo dengan mendapat tepukan yang gemuruh daripada penonton. Kehebatan dan kemerduan suara mirip Anuar Zain menjadikan beliau semakin popular. Lebih manis lagi pasukan Koir tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengondol Juara Daerah. Satu keistimewaan pasukan ini ialah aksi instruktur yang begitu hebat dan dramatik sehingga mampu mencuri hati Hakim yang bijakasana. Instruktur popular ini ialah Muhamad Najib dari kelas 5AT2.  Menurut jurulatih koir Cik Tam Suet Yet, mereka telah berlatih dengan bersungguh-sungguh sehinga lewat petang. Beliau begitu berbanga dengan komitmen yang diberikan oleh pelajar, walaupun keletihan selepas sesi pembelajaran. Semoga pasukan koir KVDLM akan terus cemerlang diperingakat Negeri. Pasukan Kompang KVDLM dipimpin oleh Cikgu Azzri bin Kimun, manakala Nyanyian Solo dipimpin oleh Cikgu Nazri Ujang.


PASUKAN BOLA BALING - TEMPAT KE-3 DAERAH


Pada 4 Mei 2012 bertempat di SMK Dato Sedia Raja, Rembau telah diadakan Pertandingan Bola Baling Peringkat Daerah Rembau. Pasukan Bola Baling Perempuan telah mendapat tempat ke-3, manakala pasukan lelaki pula mendapat tempat ke-5.

Nurul Shafikah binti Md Nazri, adalah wakil tunggal KV Dato' Lela Maharaja yang terpilih menyertai pasukan Daerah Rembau ke Pertandingan Bola Baling Peringkat Negeri pada 15 Mei 2012.

"BUNGA-BUNGA BANGSA" MERANGKUL ANUGERAH PUISI TERBAIK DAERAH REMBAU



KVDLM - 3 Mei 2012 menjadi tarikh keramat apabila puisi yang bertajuk Bunga-bunga Bangsa karya Cikgu Nazri Ujang telah merangkul Anugerah Puisi Terbaik dalam Pertandingan Puisi dan Lagu Daerah Rembau anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Rembau. Pasukan Kolej juga turut memenangi Naib Johan Keseluruhan. Puisi ini telah dideklamasikan oleh adik Yuvaneswari A/P Gunasegar dan dilagukan oleh Muhamad Redha Khairul Anuarbersama Suhafiqah binti Abu Bakar.

Thursday 3 May 2012

SOFTBALL JOHAN KAT 2012


Pada 21 April 2012, pasukan softball Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja telah terpilih ke Kejohanan Antara Teknik (KAT) yang berlangsung di Sekolah Menengah Teknik Jasin, Melaka. Kolej yang tercinta telah menghantar seramai 10 orang pemain bagi menggalas cabaran emas untuk dibawa pulang. Pasukan softball ini telah diketuai oleh En Azizul Ezan dan En Azizul Aziz selaku jurulatih, manakala En Azzri Kimun dan Pn Yusniza pula bertindak sebagai pengurus pasukan yang berwibawa.

Dalam cabaran kumpulan pasukan softball kolej telah menewaskan SMV Kuala Klawang, namun tumpas kepada pasukan SMV Melaka Tengah. Walau bagaimanapun, ditakdirkan bahawa kolej kita telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir menewaskan SMT Tuanku Jaafar dengan mata 6 berbalas 5. Kemenagan ini sekaligus membawa pasukan softball KVDLM ke peringkat akhir untuk kejohanan KAT. Diperingkat akhir dengan dorongan motivasi dan semangat para pemain pasukan softbal KVDLM berjaya menewaskan SMV Melaka Tengah dengan mata 14 berbalas 11.

Kecemerlangan yang ditunjukkan pasukan softball KVDLM telah membawa mereka ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Kejohanan Antara Teknik Peringkat Kebangsaan. Pertandingan ini akan berlangsung di Balik Pulau, Pulau Pinang, pada 22 Mei 2012.  Penyertaan pasukan KVDLM ke kejohanan peringkat kebangsaan merupakan penyertaan untuk tahun ke 2 bertutut-turut.Diharapkan kejayaan pasukan sofbol mebangkitkan semangat untuk berjaya untuk pelajar-pelajar lain dalam setiaap pertangdingan yang diceburi. Akhir kata, diharapkan pasukan ini akan mencetuskan inspirasi untuk meraih lebih banyak emas di peringkat Kebangsaan. 













SEJARAH KINI TERCIPTA...



Bulan April mungkin boleh dikatakan sebagai bulan kejayaan KVDLM. Selepas pasukan sofbol perempaun KVDLM menjuarai pertandingan Sofbal Kejohanan Antara Teknik Zon Negeri Sembilan Melaka 2012, kini pasukan Ragbi KVDLM pula mengikut langkah pasukan sofbal ke peringkat kebangsaan setelah menjuarai pertandingan yang sama di SMV Ampangan pada 30 April 2012 (Isnin) baru-baru ini.

 Pada pertandingan tersebut pasukan KVDLM telah menghantar satu pasukan ragbi yang terdiri daripada 15 orang pelajar. Jurulatih pasukan ini ialah En Adam bin Ismail iaitu guru dari SMV (ERT) Dato' Undang Hj Muhammad Sharif, dan En Firdaus yang merupakan Tukang Masak Kantin JPNS. Pasukan ini telah diuruskan oleh Cikgu Hasrul bin Salamat dan Cikgu Lio Sow Yoong.

 Pada pertandingan akhir pasukan Ragbi KVDLM telah bertemu dengan pasukan Ragbi tuan rumah iaitu SMV Ampangan, KVDLM telah memenangi dengan mata 12 berbalas 7. Kemenangan ini merupakan satu sejarah bagi pasukan Ragbi KVDLM kerana merupakan julung kalinya menjadi juara selepas 3 tahun penubuhan pasukan ragbi di sekolah ini.

Kemenangan yang diraih telah membawa pasukan ragbi ke peringkat yang lebih tinggi iaitu peringkat Kebangsaan yang bakal dianjurkan bertempat di Balik Pulau, Pulau Pinang pada 23 Mei 2012 hingga 26 Mei 2012. Selaku pengurus pasukan En Hasrul berharap ini merupakan titik bermulanya untuk pasukan ragbi KVDLM melonjakkan lagi nama Kelab Ragbi di persada arena sukan Negeri.










Thursday 26 April 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KURIKULUM 2012

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2012 telah diadakan pada 21 April 2012 bertempat di Dewan KVDLM. Majlis telah dirasmikan oleh Tn Hj Marzuki bin Kemi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) yang mewakili Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM.

Turut hadir dalam majlis ini adalah Yang Berbahagia Dato' Hanapi Daing Dalisang yang merupakan YDP PIBG Kolej ini. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Ust Hisham bin Ramli. Seterusnya ucapan oleh Tuan Pengetua Tn Mohd Joned bin Musa, diikuti ucapan YDP PIBG dan ucapan perasmian oleh Tn Hj Marzuki bin Kemi mewakili Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Antara persembahan yang diadakan pada majlis ini ialah Caklempong, persembahan Sayembara Puisi dan Nasyid.