Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Kemudahan Sekolah

  1. Pejabat PengetuaTerletak disebuah bangunan yang dikenali sebagai UFO. Bilik ini dilengkapi juga ruang untuk bermesyuarat dan galeri sejarah.
  2. Bilik GuruSeluas 5 buah bilik darjah menempatkan hampir kesemua guru dengan kemudahan perabot, tempat rehat/ tempat solat, sebuah televisyen “ 29” dan pendingin hawa. Para guru juga dibekalkan dengan 6 buah komputer untuk melancarkanP & P guru di dalam kelas.
  3. Pusat Sumber - Mengandungi perpustakaan seluas 3 buah bilik darjah dan berhawa dingin. Mengandungi pelbagai bahan bacaan yang berjumlah 2500 naskah buku fiksyen dan bukan fiksyen , majalah , akhbar. Boleh menempatkan 40 orang murid.Bilik APD dilengkapi dengan 2 buah peti TV 20” , 0verhead projektor, kemudahan menggunakan LCD, perakam video. Boleh memuatkan seramai 40 orang.
  4. Bilik Gerakan - Berhawa dingin. Digunakan untuk mengadakan perjumpaan rasmi dengan tetamu sekolah juga untuk mesyuarat warga sekolah.Terdapat 6 buah pembesar suara , dan kemudahan menggunakan LCD. Boleh memuatkan seramai 80 orang dalam satu masa.
  5. Bilik Ketua Bidang - Berperanan sebagai bilik perbincangan antara panitia. Menempatkan kemudahan perabot untuk 4 orang ketua bidang, berhawa dingin, dan 2 buah komputer. 
  6. Bilik maklumat / kualiti - Terletak di dalam bilik yang terdapat di dalam bilik Ketua Bidang. Menempatkan semua fail dan dokumen penting berkaitan pentadbiran dan pengurusan.
  7. Dataran Kejat - Perhimpunan rasmi sekolah dan aktiviti-aktiviti yang melibatkan bilangan pelajar / tetamu yang ramai akan diadakan di sini.
  8. Dewan Sekolah - Terletak bersebelahan kantin yang boleh menempatkan 500 orang .Digunakan semasa perhimpunan Hari Guru ,pertandingan kokurikulum akademik seperti pantun dan bahas , program pemurnian akademik dan pendaftaran pelajar tingkatan 4 dan Minggu suaikenal.
  9. Surau An-Nur - Digunakan sejak 2002. Boleh menampung seramai 200 orang. Berfungsi sebagai pusat Islam untuk aktiviti pelajar Islam.
  10. Bilik kimpalan - Digunakan oleh pelajar terutamanya oleh pelajar kejenteraan ladang. Mempunyai kemudahan memateri alat-alat kepingan zink. Terdapat juga kimpalan gas.
  11. Gelanggang bola tampar, takraw dan bola jaring - Digunakan sebagai tempat riadah, latihan dan pertandingan.
  12. Taman Herba - Dibina sejak 1998. Mengandungi 60 jenis herba tradisional.
  13. Kawasan Riadah - Terdapat di kawasan persekitaran sekolah dan asrama. Setiap sudut riadah menyediakan sebuah meja batu dan 6 buah tempat duduk.
  14. Bilik darjah dan makmal - 18 buah bilik darjah , 2 makmal fizik, 2 buah makmal kimia, 1 makmal biologi , 1 makmal sains am, 1 makmal agroteknologi.
  15. Pondok Pengawal - Dilengkapi surau mini yang telah dinaiktaraf untuk keselesaan pengawal.
  16. Koperasi sekolah - Memberi kemudahan kepada warga sekolah khususnya pelajar-pelajar untuk membeli keperluan persekolahan. Setiap orang murid sekolah ini diwajibkan menjadi ahli koperasi sekolah.
  17. Tapak Semaian - Kemudahan amali pelajar Hortikultur Hiasan dan Landskap. Dilengkapi renjisan kabus untuk tujuan penyiraman.Struktur penting yang disediakan ialah kotak semaian dan kawasan pembiakan tumbuhan.
  18. Bilik SPBT - Bilik operasi Skim Pinjaman Buku Teks.
  19. Rumah Hidroponik - Kemudahan amali bagi mata pelajaran tanaman. Dilengkapi dengan rak-rak kayu dan takung hidroponik.
  20. Makmal komputer - Sebuah makmal komputer yang menempatkan sebanyak 20 buah komputer untuk kegunaan pelajar agroteknologi dan ahli kelab komputer.
  21. Sanggar Ilmu - Anjung di hadapan dataran kejat. Dilengkapi dengan kabinet ilmu, info persatuan, untuk murid belajar dalam suasana yang lebih santai.
  22. Dewan makan asrama - Terdapat 2 dewan makan. Dewan makan Aspuri boleh memuatkan 300 orang pelajar manakala dewan makan Aspura boleh menempatkan 100 orang.
  23. Kantin Sekolah - Kegunaan guru dan murid sekolah ini membeli makanan.
  24. Bangsal ayam penelur - Mempunyai keluasan 15’ x 12’. Boleh menempatkan 100 ekor ayam penelur.
  25. Bas SMTDLM - Memudahkan pelajar-pelajar membuat aktiviti di luar kawasan sekolah sambil menjimatkan kos pengangkutan . Boleh memuatkan 44 orang penumpang.
  26. Van SMTDLM - Boleh memuatkan 7 orang penumpang bagi memudahkan pelajar-pelajar ke klinik dan aktiviti luar sambil menjimatkan kos pengangkutan.
  27. Bilik air/ tandas guru / murid - Kemudahan asas yang dijaga kebersihannya.
  28. Bilik percetakan - Menempatkan 2 mesin riso.
  29. Kuaters guru - 2 buah kuarters guru. Ketua warden menghuni salah sebuah kuarters guru.
  30. Pejabat sekolah - Perjawatan: 1 Ketua Pembantu Pentadbir2 Pembantu Pentadbir1 Pembantu Tadbir Rendah5 Pembantu Am Pejabat2 Pemandu2 Juruteknik3 Penyelia Asrama3 Pembantu Makmal2 PRA
  31. Bangunan kejuruteraan - Bangunan 3 tingkat ini merupakan bengkel pembelajaran yang menempatkan bengkel kejuruteraan mekanikal di tingkat bawah, bengkel kejuruteraan Awam di tingkat dua yang mepunyai makmal Autocad untuk pelajar kejuruteraan Awam, dan di tingkat tiga terdapat bengkel kejuruteraan elektrik.Bengkel Lukisan kejuruteraan juga terdapat di sebelah bengkel Autocad di tingkat dua.
  32. Bilik SALC - Bilik yang baru diwujudkan bertujuan memudahkan pelajar menilai tahap penguasaan Bahasa Inggeris sendiri. Waktu penggunaan adalah pada waktu rehat dan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
  33. Bilik Matematik - Bilik yang berfungsi untuk memudahkan guru-guru matematik menjalankan aktiviti p & p berasaskan pembelajaran kontekstual. Terdapat kemudahan ABM seperti TV, “ OHP projektor” , meja berbentuk trapizam, meja heksagon, meja segi empat sama.
  34. Bilik Kaunseling - Bilik Bimbingan dan kaunseling menempatkan dua buah bilik bagi kegunaan dua orang kaunselor iaitu seorang kaunselor lelaki dan seorang kaunselor perempuan.Kaunselor menjalankan sesi kaunseling dan bimbingan kerjaya kepada pelajar di bilik ini.
  35. Pusat Akses - Pusat Akses mengandungi 10 buah komputer yang boleh digunakan oleh semua warga SMTDLM. Pusat ini menyediakan kemudahan internet yang boleh digunakan untuk tujuan murid dan guru mengaksesmaklumat yang diperlukan di dalam P&P.
  36. Stor Pusat - Stor Pusat menjadi tempat menyimpan barang-barang atau peralatan yang digunakan oleh pejabat dan guru-guru. Segala pembelian barangan akan ditempatkan di bilik ini. Terdapat sebuah komputer dengan seorang pembantu stor yang akan memudahkan urusan pengeluaran dan pembelian barang dari bilik ini.
  37. Pejabat Penyelia Asrama - Pejabat ini merupakan pusat untuk menguruskan perkara yang berkaitan dengan asrama.
  38. Traktor - Terdapat 5 buah traktor untuk memudahkan kerja-kerja di ladang.
  39. Bajak - Terdapat 2 buah pembajak yang juga dilengkapi dengan alat jengkaut untuk membantu aktiviti p & p pelajar-pelajar pertanian.
  40. Bilik Sakit - Terdapat dua bilik iaitu 1 untuk bilik sakit murid lelaki dan 1 untuk bilik sakit perempuan. Dilengkapi dengan tandas, katil dan penghawa dingin.