Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Monday 26 September 2011

FUN WITH ENGLISH


Pada 22 September 2011 telah berlangsung Program  FUN WITH ENGLISH yang melibatkan semua pelajar tingkatan 4. Program ini banyak memberi manfaat kepada semua pelajar kerana mengajar cara-cara untuk meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris
.







semoga program ini banyak memberi manfaat dan dapat meningkatkan lagi penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Sek. Men. Teknik. Dato' Lela Maharaja

Saturday 17 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri SMTDLM

Berlansung di Dewan Makan Aspuri pada 15 September , tepat jam 1200 tengahari bermulanya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dikendalikan oleh Encik Azizul Ezan bersama Pn Marsilah Anum dan dimulakan dengan bacaan Doa oleh Ustaz Yusof .
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua SMTDLM , En Mohd Joned bin Musa yang menyuarakan tentang penukaran SMT Dato' Lela Maharaja kepada Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja pada tahun hadapan .

Menjelang Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di SMTDLM

Pada 14 September yang lalu pihak sekolah telah mengadakan aktiviti memasak juadah hari raya beramai-ramai . Antara para pelajar yang terlibat adalah dari kelas 4AT1 , 4ATN2 , 4TTN dan 4ATE . Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah mengeratkan silaturrahim antara para pelajar dan guru.


1Malaysia . Pelajar India juga tidak lepaskan peluang untuk masak hidangan bersama dua lagi rakannya .

Puan Hajah Rusna yang mengetuai aktiviti memasak rendang ayam dan rendang itik.



Aktiviti dimeriahkan lagi dengan membakar lemang  oleh semua warga SMTDLM .




Antara pelajar yang membantu dalam aktiviti membakar lemang.

Monday 15 August 2011

Peperiksaan Percubaan SPM 2011

Hari ini adalah permulaan peperiksaan pecubaan SPM. Ia diadakan serentak dengan semua sekolah di Negeri Sembilan. Dijangkakan peperiksaan akan berlangsung selama dua minggu dan akan tamat sebelum bercuti untuk Hari Raya.
Pada semua pelajar tingkatan 5, SMT DLM kami mengucapkan Selamat Menjawab Kertas Percubaan!. Walaupun bukan peperiksaan SPM yang sebenar, cubalah jawab sebaik mungkin dan cuba lebih berdisiplin semasa menjawab. Jangan gunakan alasan berpuasa untuk merasa letih dan terus tertidur seperti dalam peperiksaan dan ujian sebelum ini.
Ingat....pencapaian dalam peperiksaan percubaan boleh jadi tali pengukur sejauh manakah pengetahuan, kefahaman dan kemahiran menjawab soalan. Jika ada yang kurang bolehlah dimantapkan lagi untuk peperiksaan SPM yang akan datang.

All the best...and SEIZE THE MOMENT!!

Tuesday 2 August 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Bulan Ramadan datang kembali dengan sekali lagi menawarkan peluang besar  bagi umat Islam mendapatkan pahala berlipat kali ganda.
Semoga dirahmati Allah, diberi kesihatan dan kekuatan untuk beramal ibadah dengan penuh rasa syukur dan cinta kepadanya.
Ayuhh...tunjukkan semangat walaupun berpuasa kita mampu melaksakan tugas seharian seperti mana biasa. Barulah nampak gah kita ini dari pandangan orang yang bukan Islam.

Pengetua

Friday 24 June 2011

Hari Koperasi Sekolah

Klik pada gambar untuk gambaran yang lebih jelas.
Marilah kita sama-sama datang beramai-ramai untuk menjayakan lagi Hari Koperasi Sekolah. Anda yang BUKAN WARGA SMT D'LEMA juga DIJEMPUT HADIR!

Tuesday 14 June 2011

SAMBUTAN HARI GURU

Tanggal 16 Mei 2011 yang lalu , bertempat di perkarangan SMT D'Lema  , majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan dengan tema  Guru Penjana Transformasi Negara . Jika dilihat pada tema ini secara halus, maka nampak dengan jelas bahawa tugas guru semakin mencabar. Kerana sebagai penjana transformasi (perubahan) pendidikan negara, para pendidik perlu memikul semua perancangan pendidikan yang telah dirancang oleh kerajaan. Dalam erti kata lain, apa sahaja perancangan yang telah dirancang oleh kerajaan sebagai pembuat dasar perlu dilaksanakan dengan sebegitu sempurna agar apa yang tersirat dalam tema Hari Guru pada tahun ini dapat dicapai.

Ketibaan para Pendidik SMT D'Lema


                                          Bacaan ikrar Guru yang diketuai oleh En Nazri bin Ujang

HARI PENYAMPAIAN HADIAH SEMPENA MINGGU KO AKADEMIK

Pada 7 mei 2011 telah berlangsungnya hari penyampaian hadiah bersempena minggu ko-akademik. Hari penyampaian ini berlangsung pada hari sabtu bersempena cuti ganti bagi hari deepavali. Banyak aktiviti yang dijalankan sempena minggu ko-akademik antaranya adalah sudoku,powerpoint,kuiz agama,sains dan lain-lain. Ramai pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti yang dijalankan.










Terima kasih kepada semua yang menjayakan hari penyampaian hadiah sempena minggu ko akademik secara langsung ataupun tidak langsung.

Friday 27 May 2011

pelantikan pss dan besta bestari


Pada 7 mei 2011 telah berlangsungnya majlis pelantikan pss dan besta bestari. majlis pelantikan ini disambut pada hari sabtu yang merupakan sekolah ganti untuk hari deepavali.Terdapat beberapa persembahan antaranya persembahan  kawad kaki statik serta formasi dari pasukan kadet polis smtdlm. selain itu, persembahan sajak dan puisi pula dipersembahkan oleh seorang wakil pelajar tingkatan 5 untuk memupuk semangat pelajar yang lain untuk membaca.
majlis perasmian pelantikan

bacaan ikrar


penyampaian watikah

barisan ajk-ajk pss




Add caption


persembahan sajak

barisan besta bestari

barisan besta bestari dan pss

pasukan kadet polis


Thursday 5 May 2011

Pesta Muzik Antara Sekolah Menengah Peringkat Daerah



   Sebanyak 5 Buah Sekolah Menengah telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Pesta Muzik ini. Antara sekolah-sekolahnya ialah SMT Dato' Lela Maharaja, SMT Dato’ Undang Hj Muhamad Sharip Rembau(ERT), SMK Sedia Raja, SM Sains Rembau & SM Undang Rembau.

Monday 25 April 2011

Penyampaian Hadiah

Penyampian Hadiah bagi Acara-acara berikut:

  • Hoki (Naib Johan)


  • Catur (Naib Johan & Tempat ke-3)
Johan
Tempat ke-3
  • Bola Jaring (Naib Johan)


  • Bola Sepak (Naib Johan)

Sekalung Tahniah kepada yang telah mengharumkan nama SMT D'LEMA! 
Majulah Sukan Untuk Negara!

Monday 18 April 2011

Penyampaian Hadiah

Pada perhimpunan Rasmi Kali ke-16 iaitu pada hari ini (18/04/2011) & telah diadakan lagi Penyampian Hadiah bagi Acara-acara berikut:

  • Pertandingan Teknologi Pelancaran Roket (Kejohanan Antara Teknik)
Bawah guru bimbingan Cikgu Erwani
  1. Naib Johan: Parachute
  2. Naib Johan: Target
  3. Johan Keseluruhan Roket Launcher

Menembak Kor Kadet Polis

   Pada hari Ahad (17/04/2011) Kor Kadet Polis Peringkat Sekolah telah mengadakan Pertandingan Menembak di Padang Sasar Mantin. Seramai 42 orang Kadet Polis SMT D'LEMA & 2 orang guru iaitu Cikgu Yamin serta Cikgu Anuar telah berjaya mengikuti Pertandingan Menembak itu.