Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Tuesday 28 February 2012

TRANSFORMASI 5S KVDLM

KVDLM, Isnin 27 Februari 2012, telah diadakan satu mesyuarat 5S kali-1 di bilik gerakan kepada ketua-ketua dan penyelaras 5S KVDLM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah, Tn Mohd Joned bin Musa. Program 5S adalah singkatan daripada sisih (seiri), susun (seiton), sapu (seiso), seragam (seiketsu) dan sentiasa amal (shitsuke). Menurut Pn Rozi Tahir, Penyelaras 5S berharap Jawatankuasa yang telah dilantik akan segera melakukan amalan 5S di zon masing-masing lebih-lebih lagi masa bekerja semakin panjang. Oleh itu suasana ekslusif dan kondusif perlu dijelmakan. Justeru itu Kelab Guru telah proaktif dengan membuat transformasi susun atur kedudukan guru mahupun keceriaan sudut ruang rehat pensyarah. Diharap semua warka KVDLM mengamalkan budaya 5S selari dengan hasrat BPTV.

Tuan Pengarah mempengerusikan mesyuarat

Pensyarah mendengar taklimat dengan penuh semangat

Semua pensyarah diberi taklimat dengan jelas


Transformasi bilik guru

Pensyarah mula menyisih bahan dalam bilik pensyarah

Sapu (seiso), pensyarah mula membersihkan ruang bilik pensyarah

Penyelaras dan Penolong Penyelaras merancang pelaksanaan 5S



KERJA AMAL KADET POLIS DI MAJLIS SARJAN MUSTAMAN IPD REMBAU

SABTU 25 Februari 2012, 27 anggota kadet polis KV Dato' Lela Maharaja telah mengikuti kerja amal membantu Sarjan Mustaman Kenduri kahwin anak beliau di dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau. Sarjan Mustaman merupakan pegwai yang menguruskan kadet polis sekolah-sekolah daerah rembau.  Kerja amal ini adalah seiring dengan kegiatan unit beruniform bagi membentuk sahsiah pelajar yang baik.
Menerima taklimat dari En Mohd Yamin dan Sarjan Mustaman

Sesi bergambar

Menyediakan air minuman 



Menambah lauk yang telah habis

Aggota Kadet Polis Mengambil lauk


Mengawal lalu lintas


Membuat air cucian 

Membantu menyendukkan nasi dan lauk kepada tetamu yang hadir

Pelabgai kerja dilakukan bersama

Mengemaskan meja dan kerusi selepas majlis

Sarjan Mustaman mengucapkan terima kasih kepada En Yamin dan sekolah
Bertolak pulang ke sekolah.. terima kasih semua...

Tuesday 21 February 2012

Masketri Senjata Api 2012

Pada 15 Februari 2012 dan 16 Februari 2012 telah diadakan Masketri Senjata Api M16  di SMK Dato' Sedia Raja dan SMKA Dato Hj Abu Hassan Sail anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau. KVDLM telah menghantar seramai 38 anggota Kadet Polis bagi mengikuti kursus Masketri Senjata Api ini.

Kursus Masketri Senjata Api adalah syarat bagi anggota kedet polis untuk menyertai pertandingan Menembak Daerah yang akan diadakan pada 27 Mac 2012. Didalam kursus ini, anggota kadet polis diterangkan tetang bahagian-bahagian senjata dan teknik-teknik menembak menggunakan senjata M16. Tahniah kepada semua anggota Kadet Polis KVDLM yang telah menyertai kursus ini.








Kursus Membina Web Blog



Pada 11 Februari 2012 (Sabtu), telah di adakan Kursus Membina Web Blog kepada wakil pengajar bagi Unit setiap Mata Pelajaran Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Kursus ini telah diuruskan oleh Cikgu Diana Aizera dan telah disampaikan oleh saudara Muhammad Nasir Mukhriz Bin Abd. Rahman  yang merupakan bekas pelajar 2011 sekolah ini. Matlamat kursus ini diadakan adalah untuk memastikan setiap bidang atau unit mata pelajaran Kolej ini mempunyai laman blognya sendiri.

Pengurus Laman Blog Unit Mata Pelajaran KVDLM

Penyelaras:  Pn Diana Aizera binti Ramli

1)  Unit Bahasa Melayu : En Nazri bin Ujang
2)  Unit Landskap : Pn Yusniza binti Abu Bakar
3)  Unit Akuakultur : Pn Norarmiza binti Anuar
4)  Unit Agroindustri Tanaman : En Md Nasir bin Md Dewa
5)  Unit Hortikultur Hiasan : Pn Herny Yusnita binti Marwan
6)  Unit Agroindustri Ternakan Poultry : Cik Suriati binti Mohamad Yusof
7)  Unit Mekanisasi Agro : Cik Amiratul Azila binti Amdan
8)  Unit Sejarah : Pn Sarmila a/p Tamoh Deram
9)  Unit Bahasa Inggeris : En Fong Choong Ming
10) Unit Agroindustri Ternakan Ruminan : Pn Ku Mahiran binti T Nor
11) Unit Pengurusan Perniagaan : Pn Siti Khadijah binti Ahmad Ramli
12) Unit Matematik : Pn Normaizon binti Shahdan
13) Unit Sains : Cik Nur Erwani binti Rozi
14) Unit Pemprosesan Hasil Pertanian : Pn Rahimah binti Endut
15) Unit Pndidikan Islam : En Mohd Hisham bin Ramli