Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Thursday 29 March 2012

JOHAN KATEGORI SEKOLAH TERBAIK PERTANDINGAN MENEMBAK KOR KADET POLIS DAERAH REMBAU

Cikgu Yamin bersama penembak KVDLM meraikan kemenangan
RABU, 27 Mac 2012, bertempat di Lapar Sasar Menembak Mantin, KVDLM telah muncul sebagai Johan Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Sekolah-sekolah Menengah Daerah Rembau bagi Kategori Sekolah Terbaik. KVDLM telah menerima Piala Pusingan sumbangan Yb. Zaifulbahri bin Idris, ADUN kawasan Chembung.

Bagi kategori Individu lelaki, 3 ahli kadet polis KVDLM telah mendapat tempat 12 terbaik. Afifuddin bin Mohd Hamdan dari kelas 5AT1 telah mendapat tempat ke-7, Muhammad Rafaei Hakimi bin Hamzan @ Mazelan dari kelas 5HHL1 mendapat tempat ke-9, dan Muhamad Alif Asyraf bin Adam dari kelas 4 Tanaman mendapat tempat ke-12, masing-masing menerima RM50 sumbangan Yb. Zaifulbahari bin Idris.

KVDLM mengahantar seramai 39 orang ahli Kadet Polis daripada pelbagai pangkat bagi menyertai pertandingan tersebut bagi kategori individu dan 20 daripada mereka menyertai pertandingan bagi ketegori kumpulan. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Yamin selaku Guru Penasihat Kadet Polis KVDLM dan semua peserta yang telah memenangi pertandingan tersebut.

Pn Hjh Yusni binti Abdul Murad, GPK Kokurikulum turut mengucapkan tahniah kepada semua pemenang dan mengharapkan pasukan Kor Kadet Polis KVDLM akan mengekalkan sinar kemenangan dengan memperolehi kemenangan di pertandingan kawad kaki yang akan diadakan pada 17 April 2012 pula nanti. 
Siap sedia sebelum bertolak ke IPD Rembau
Semua peserta menerima taklimat di IPD sebelum bertolak ke Lapar Sasar Menembak Mantin
Siap sedia Bahagian Trafik IPD Rembau bagi mengiringi Konvoi Kor Kadet Polis Rembau ke Lapar Sasar Mantin
Pasukan KVDLM bersedia untuk menembak
Peserta mula menembak menggunakan senjata M16
Mengetuk kelongsong peluru yang telah digunakan
Peluru Senjata M16 Yang digunakan
Peserta menunggu giliran untuk menembak
Guru Kadet Polis menerima taklimat maskentri senjata api sebelum menembak
Cikgu yamin menembak menggunakan senjata M16
Menembak cara duduk
Tempat ke-12 Muhamad Alif Asyraf bin Adam dari kelas 4 Tanaman
Tempat ke-9 Muhammad Rafaei Hakimi bin Hamzan @ Mazelan dari kelas 5HHL1 
Tempat ke-7 Afifuddin bin Mohd Hamdan dari kelas 5AT1
Muhammad Iqbal bin Mohd Najib (5AT2) mewakili kumpulan menembak KVDLM  menerima Piala Pusingan Pertandingan Menembak Kor Kadet Polis Sekolah Menengah Daerah Rembau, Kategori Sekolah Terbaik



No comments: