Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Monday 2 April 2012

PENGAKAP REMBAU JOHAN NEGERI

KEMRI - Juaseh , 30 Mac- Pasukan Pengakap Daerah Rembau menjulang nama lagi apabila menjuarai kategori Persembahan Malam Kebudayaan Lelaki dalam Perkhemahan Intergasi Unit Beruniform Peringkat Negeri Sembilan. Menurut jurulatih, En. Nazri Ujang dari KDLM , pasukan pengakap Daerah Rembau telah mempersembahkan Tarian Sewang yang merupakan tarian Orang Asli. Tarian ini  mengesahkan sikap keperihatinan ahli masyarakat orang yang berkerjasama untuk mengubat ahli mereka yang ditimpa sakit. Nilai murni ini harus diterapkan dalam diri generasi hari ini yang semakin menipis. Pasukan Pengakap Rembau telah mengalahkan pesaing hebat dari daerah Tampin, Port Dickson, Seremban 1, 2, Kuala Pilah dan daerah lain. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran , YB. Dato' Dr. Fuad Zarkashi di Dataran Kem Rimba Ilmu , Juaseh. Ketua Kontigen , Mumammad Amirul Najwa telah mewakili peserta Rembau untuk mengambil hadiah. Pasukan Lelaki Rembau juga memenangi tempat Pertama dalam Pertandingan Pertolongan Cemas dan Tempat ke Tiga dalam Pertandingan Rekacipta. Semoga kejayaan ini membakar semangat pasukan beruniform Daerah Rembau terus cemerlang 
Amirul Najwa menerima hadiah daripada
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia

No comments: