Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Wednesday 18 April 2012

Pelantikan Pengawas Pusat Sumber dan Pusat Akses


 Pada 13 April 2012, telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan Pusat Akses Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Majlis pelantikan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Tn Hj Mohamad Aminordin bin Amat. Seramai 37 orang Pengawas Pusat Sumber dan 14 orang Pengawas Pusat Akses telah dilantik secara rasminya pada majlis tersebut. Program ini telah berjalan dengan jayanya.

Diharapakan dengan adanya pengawas ini maka pengurusan Pusat Sumber dan Pusat Akses sekolah akan berjalan dengan lancar dan licin. Peranan keedua-dua unit ini akan mampu melahirkan warga KVDLM yang berpengetahuan luas dan mahir mencari ilmu dalam arus globalisasi ini. Mereka juga telah berjanji akan menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan bersungguh-sungguh, jujur, tekun dan penuh bertanggungjawab. Menurut Pn Lailatul Akhtar, penyelaras Pusat Sumber Sekolah, berharap agar Pengawas PSS dan Pusat Akses akan menjadi contoh pelajar yang baik kepada pelajar-pelajar lain dan berusaha memartabatkan ilmu.





No comments: