Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Thursday 12 April 2012

HARI KADET POLIS PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Port Dickson-12 April 2012- Kolej Vokasional Dato` Lela Maharaja telah menghantar pasukan Kor Kadet Polis sebagai Detachment sempena Hari Kadet Polis Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Padang Merdeka, Port Dickson. Kolej telah menghantar seramai 21 orang anggota Kadet Polis KVDLM.Guru yang mengiringi pasukan ini ialah Encik Mohd Yamin bin Yusof.

Pada Majlis tersebut Mohd Zaim Dzulfiqar bin Rosli dari kelas 5 HHL2 telah menjadi anggota tunggal Kor Kadet Polis Daerah Rembau yang menerima kenaikan pangkat sebagai Sub Inspektor. Sub Inspektor (SI) adalah merupakan pangkat tertinggi bagi pelajar yang menganggotai Kadet Polis. Ia adalah ketua bagi suatu Kompeni di kalangan pelajar Kadet Polis Daerah. Tahniah diucapkan kepada Mohd Zaim Dzulfiqar, dan diharapkan beliau menunjukkan contoh disiplin dan keperibadian yang baik di kalangan pelajar.

No comments: