Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Friday 18 March 2011

Keputusan SPM 2010

Jika dilihat surat khabar sejak seminggu dua ini, telah mula dimasukkan iklan kemasukan ke IPTA dan IPTS. Selain dari itu terdapat juga iklan untuk tawaran biasiswa dari pelbagai badan dan agensi kerajaan mahu pun swasta. Lagipun, keputusan STPM sudah pun keluar beberapa minggu lepas juga.

Ini menunjukkan bahawa keputusan SPM akan keluar tidak lama lagi. Walaupun tiada surat rasmi mengenainya, ada ura-ura dari sumber yang boleh dipercayai bahawa keputusan SPM akan keluar minggu hadapan. Tarikh yang disebut-sebut ialah 23 Mac 2011. Bersabarlah menunggu pengemuman rasmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia.nanti.

Lazimnya di SMT Dato' Lela Maharaja, Pengetua akan mengambil keputusan peperiksaan di PPD Rembau. Masa paling awal balik ke sekolah ialah sekitar 11.30 pagi. Surat makluman tentang tatacara menerima keputusan SPM sudah pun diposkan. Antara maklumat yang disampaikan ialah:
1) pelajar dan keluarga yang datang mengambil keputusan hanya dibenarkan masuk ke kawasan sekolah mulai 11.30 pagi. Ini adalah untuk tidak menganggu P&P yang sedang berjalan.
2) Pelajar diminta berpakaian kemas serta berkasut.
3) Pelajar diminta menyelesaikan hutang atau memulangkan item tertentu, jika ada.
4) Pengetua akan memaklumkan keputusan SPM 2010 secara keseluruhan terlebih dahulu.
5) Setelah selesai pengumuman Pengetua baharulah slip keputusan keputusan boleh diserahkan oleh guru kelas tahun lepas.

Sijil SPM 2009

Sijil SPM 2009 sudah pun sampai ke sekolah. Pelajar yang mengambil SPM pada tahun berkenaan boleh mengambil sijil di pejabat sekolah. Untuk memudahkan cari sijil, pastikan angka giliran diketahui.

KITA JUMPA LAGI...NANTI!!

No comments: