Perhatian! Sila gunakan 'Google Chrome' untuk Resolusi Blog yang lebih berkualiti!

Saturday 21 January 2012

Pelajar Baru Kolej Vokasional

Mohon maaf, kami di Admin sudah lama tidak update blog kami. Ini adalah kerana admin bercuti panjang sehingga terlupa hendak mengemas-kinikan blog ini.
Banyak perubahan telah berlaku. Bermula tahun 2012, Sek.Men. Teknik Dato' Lela Maharaja kini dikenali sebagai Kolej Vokasional (Rintis) Dato' Lela Maharaja, Rembau. Title Rintis atau "pioneer" ini diberi kerana kami adalah salah satu daripada15  SMT/SMV seluruh negara yang dinaik-taraf kepada Kolej Vokasional (KV) dalam tahun 2012. Pada tahun 2013, 63 lagi SMT/SMV akan dinaik-taraf. Hanya 10 buah sekolah sahaja akan kekal menjadi Sek.Menengah Teknik. Antaranya ialah, SMT Tuanku Jaafar, Seremban, SMT Kuala Lumpur dan SMT Johor Bharu.

Kemasukan pertama pelajar KV DLM Rembau ialah pada 9 Januari 2012 yang lepas. Sehingga hari Khamis, 19 Januari seramai 165 orang pelajar telah mendaftar. Seramai 40 orang lagi akan dijangka mendaftar masuk pada hari Isnin 30 Januari. Kursus yang ditawarkan ialah:
1. Hortikultur Hiasan
2. Landskap
3. Agroindustri Tanaman
4. Agroindustri ternakan Ruminan
5. Agroindustri Ternakan Poltri
6. Mekanisasi Pertanian

Insyaallah info terkini tentang pelaksanaa kurikulum baru KV ini akan disampaikan melalui blog ini dari masa ke semasa.