Majlis Anugerah Kecemerlangan Kurikulum 2012 telah diadakan pada 21 April 2012 bertempat di Dewan KVDLM. Majlis telah dirasmikan oleh Tn Hj Marzuki bin Kemi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) yang mewakili Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Yang Berbahagia Dato' Hanapi Daing Dalisang yang merupakan YDP PIBG Kolej ini. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa oleh Ust Hisham bin Ramli. Seterusnya ucapan oleh Tuan Pengetua Tn Mohd Joned bin Musa, diikuti ucapan YDP PIBG dan ucapan perasmian oleh Tn Hj Marzuki bin Kemi mewakili Tn Hj Ahmad Tajudin bin Jab, Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Antara persembahan yang diadakan pada majlis ini ialah Caklempong, persembahan Sayembara Puisi dan Nasyid.
Thursday, 26 April 2012
Sunday, 22 April 2012
Kereta Gen-2 Cikgu Erwani Terbabas
KHAMIS - 19 April 2012 tragedi yang menimpa kereta Cikgu Nur Erwani binti Rozi mengejutkan semua warga KVDLM. Mengikut saksi kejadian Cik Faridah, kejadian berlaku jam 5.40 petang ketika cikgu Erwani meletakkan kereta Gen-2 nya di bangunan UFO dan beliau masuk ke pejabat sekolah. Tiba-tiba kereta beliau meluncur perlahan dan terus melangar longkang di hadapan kereta tersebut. Mujur dengan ada bantuan daripada guru, pengawal keselamatan dan pelajar ragbi, kereta Cik Nur Erwani dapat diangkat. Cikgu Erwani mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah membantu beliau.
![]() |
Percubaan pertama untuk mengangkat kereta Cikgu Erwani |
![]() |
Tidak berjaya |
![]() |
Semua memikirkan kaedah yang sesuai untuk mengangkat kereta tersebut |
![]() |
Gaya orang tengah bersedih |
![]() |
Berbincang untuk mengangkat kereta |
![]() |
Cikgu Wahida nampak marah kerana kereta Cikgu Erwani hampir melanggar kereta barunya |
![]() |
Cikgu Diana menunjukkan tempat Cikgu Erwani meletakkan keretanya |
![]() |
Walaupun sedih, cikgu Erwani masih tersenyum |
![]() |
Percubaan kedua pelajar ragbi bersama Cikgu Azizul Aziz |
![]() |
Hampir berjaya |
![]() |
Akhirnya kereta tersebut berjaya diangkat - Terima Kasih kepada semua yang membantu |
![]() |
DAW 5609 - Kereta Cikgu Erwani |
Thursday, 19 April 2012
KVDLM NAIB JOHAN BOLA SEPAK DAERAH
17 - 18 April 2012, Bertempat di Padang KVDLM telah diadakan Pertandingan Bola Sepak Peringkat Daerah Rembau. KVDLM merupakan pengelola Pertandingan Bola Sepak Daerah pada tahun ini. Pada Pertandingan tersebut Pasukan Bola Sepak KVDLM telah mendapat tempat ke-2 dengan kalah tipis 0 - 1 kepada SMK Dato' Sedia Raja.
Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini bagi kategori bawah 18 tahun ialah KVDLM, SMK Undang Rembau, SMK Dato' Abdullah, SMK Dato' Sedia Raja, Yayasan Sofa, SMA Hj Mohd Yatim, SMK Dato' Undang Hj Adnan, SM Sains Rembau dan SMK Agama Dato' Hj Abu Hassan Hj Sail. Pusingan pertama sekolah-sekolah yang bertanding di tempatkan dalam 3 kumpulan. KVDLM telah di undi dalam kumpulan A bersama pasukan SMK Undang Rembau dan SMK Dato' Abdullah.
Bagi bawah 15 tahun pertandingan telah diadaan di SMK Dato' Sedia Raja. Pasukan Bola Sepak Yayasan Sofa telah muncul sebagai Johan bagi kategori bawah 15 tahun.
Sekolah-sekolah yang menyertai pertandingan ini bagi kategori bawah 18 tahun ialah KVDLM, SMK Undang Rembau, SMK Dato' Abdullah, SMK Dato' Sedia Raja, Yayasan Sofa, SMA Hj Mohd Yatim, SMK Dato' Undang Hj Adnan, SM Sains Rembau dan SMK Agama Dato' Hj Abu Hassan Hj Sail. Pusingan pertama sekolah-sekolah yang bertanding di tempatkan dalam 3 kumpulan. KVDLM telah di undi dalam kumpulan A bersama pasukan SMK Undang Rembau dan SMK Dato' Abdullah.
Bagi bawah 15 tahun pertandingan telah diadaan di SMK Dato' Sedia Raja. Pasukan Bola Sepak Yayasan Sofa telah muncul sebagai Johan bagi kategori bawah 15 tahun.
Wednesday, 18 April 2012
Pelantikan Pengawas Pusat Sumber dan Pusat Akses
Pada 13 April 2012, telah diadakan Majlis Pelantikan Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan Pusat Akses Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja. Majlis pelantikan ini telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Kolej Vokasional Dato' Lela Maharaja, Tn Hj Mohamad Aminordin bin Amat. Seramai 37 orang Pengawas Pusat Sumber dan 14 orang Pengawas Pusat Akses telah dilantik secara rasminya pada majlis tersebut. Program ini telah berjalan dengan jayanya.
Diharapakan dengan adanya pengawas ini maka pengurusan Pusat Sumber dan Pusat Akses sekolah akan berjalan dengan lancar dan licin. Peranan keedua-dua unit ini akan mampu melahirkan warga KVDLM yang berpengetahuan luas dan mahir mencari ilmu dalam arus globalisasi ini. Mereka juga telah berjanji akan menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan bersungguh-sungguh, jujur, tekun dan penuh bertanggungjawab. Menurut Pn Lailatul Akhtar, penyelaras Pusat Sumber Sekolah, berharap agar Pengawas PSS dan Pusat Akses akan menjadi contoh pelajar yang baik kepada pelajar-pelajar lain dan berusaha memartabatkan ilmu.


Tuesday, 17 April 2012
LAWATAN PRA AUDIT DARI MPC
JUMAAT - 13 April 2012, satu lawatan daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC) telah datang ke KVDLM bagi Pra Audit Pensijilan 5S. Lawatan ini telah dilakukan oleh Pn Maziah. Hasil Pra Audit ini mendapati KVDLM layak untuk di audit bagi mendapatkan Sijil 5S. Lawatan ini berakhir jam 5.30 petang. Terima kasih diucapkan kepada Pn Maziah kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada KVDLM bagi memperolehi Sijil 5S.
Subscribe to:
Posts (Atom)